Pages

20 September 2012

Kek Batik

Hari ini hari Jumaat.. Semua kerja dah siap jadi buat sesuka hati jelah hehe

Bahan-bahan



1 paket Milo (gunanya sesedap rasa)
1 paket biskut marie (dipatah-patah dan di karate kan kepada 4 bahagian)
1 ketul butter 250g (yang size kecik, kalau beli size besar 500g tu bahagi lah dua)
1/2 tin susu pekat manis (kalau tak kuat manis letak suku je lah, kalau kuat sangat manis boleh lah tuang satu tin tu terus tapi tak digalakkan lah eh, kencing manis karang makan sebab terlampau manis)
kacang (disangai@dimasak tanpa minyak dan di blender)

Cara buatnya :

Masukkan seketul butter, milo sesedap rasa dengan susu di dalam kuali/periuk anda. Dan kacau laju-laju. Kacau je, jangan bagi dia berketul ok.  So memang kena kacau laju-laju. Kemudian masukkan kacang yang sudah separuh hancur itu. selepas siap.

Masukkan dalam bekas, sejukkan selepas itu kasi potong hehehe

dulu ada orang buat masukkan dalam plastik, gulung bulat-bulat tu. tapi saya guna kaedah ini sahaja.

Ini gambar yang saya buat :


kemudian, tadaaaaa dah siap


5 minit je ^__^


No comments:

Post a Comment