Pages

14 March 2014

Pavlova




BAHAN - BAHAN :
Meringue
4 Putih Telur
175g Caster Sugar
1 sudu kecil cuka masakan
1 sudu kecil tepung jagung

Hiasan
Whip cream 250g
Strawberry / Blueberry / Kiwi ( Anything sour )

CARA-CARA :

Oven
1. Pre-heat oven pada suhu 170 darjah celcius

Meringue
1. Dengan menggunakan mixer, pukul 4 putih telur sehingga berbuih (foamy)
2. Masukkan castor sugar sedikit demi sedikit, dan increase the speed.
3. Semasa masukkan caster sugar, masukkan sekali cuka masakan dan tepung jagung.
4. Pukul sehingga menjadi berkilat dan *bertanduk
* Bertanduk : Apabila kita terbalikkan meringue, ia tidak jatuh daripada bekas mixer
5. Place the baking paper on top of a baking tray (Use only baking paper, do not use any container or mould)
6. Spread the meringue in a circle shape.
7. Bakar selama 30 hingga 40 minit.
8. Apabila sudah masak, bukak pintu oven sedikit dan biarkan ia dalam oven seketika.
Hiasan
1. Dengan menggunakan mixer, pukul whip cream
2. Hias dengan strawberry atau apa-apa buah yang masam.
Blogger Widgets

29 October 2013

DE LOVE STORY TORTE

25-07-07_0014

KEK SPAN VANILLA
  • 250 g tepung kek span vanilla
  • 4 biji telur grade A
  • 50 ml air
  • 80 gram mentega (dicairkan)

KEK SPAN KOPI
  • 250 g tepung kek span kopi
  • 4 biji telur grade A
  • 50 ml air
  • 80 g mentega (dicairkan)

KEK KEJU
  • 150 ml susu UHT (A)
  • 20 g gula (A)
  • 3 biji kuning telur grade A (A)
  • 20 g tepung jagung (A)
  • 250 g krim keju (B)
  • 1 biji lemon (diparut kulit luarnya sahaja) (C)
  • 130 ml krim putar (C)
  • 2 sudu besar tepung gandum (D)
  • 60 g kismis kuning (D)
  • 3 biji putih telur grade A (E)
  • 60 g gula (E)
  • 1 sudu besar jus lemon (E)

KRIM MENTEGA KOPI
  • 400 g mentega
  • 100 g shortening
  • 180 g gula icing
  • 2 sudu besar kopi emulco

GLIS COKLAT

  • 250 g dark chocolate (dadu kecil)
  • 300 g krim putar
  • 30 g mentega
  • 1 sudu besar madu

BAHAN HIASAN
  • 8 biji walls mini poppers
  • 4 batang biskut love letter perisa coklat (patahkan 2 setiap satunya dan dicelupkan ke dalam glis coklat)
  • Coklat putih yang telah dicairkan (double boiler)
  • Sedikit coklat urai

Cara-cara

CARA-CARA MEMBUAT KEK SPAN VANILLA/KOPI
  • Masukkan tepung dan telur ke dalam mixer dan pukul hingga pekat.Tambahkan air dan pukul lagi hingga gebu dan lembut.masukkan mentega dan gaul hingga sebati.Tuangkan dalam acuan bulat dan bakar pada suhu 180 darjah C selama 30 minit.

CARA-CARA MEMBUAT KEK KEJU

  • Panaskan hingga mendidih susu (A) dan gula (A).Masukan kesemua bahan (A) dan kacau atas api perlahan hingga sebati dan pekat.Ketepikan.Biarkan sejuk.
  • Pukul krim keju hingga lembut dan licin.Masukkan (A) dan adun sebati.Masukkan (C) dan adun lagi.Masukkan (D) dan pukul hingga sekata.
  • Pukul putih telur (E) hingga berbuih.Masukkan gula dan jus lemon.Pukul hingga pekat dan tambah adunan keju.Pukul lagi.
  • Alaskan dulang pembakar dengan kertas minyak di bawan dan tepinya.Letakkan kek span vanilla di dasar dulang dan tuangkan adunan kek keju diatasnya.Bakar pada suhu 150 darjah C selama 2 jam atau hingga masak keseluruhannya.Keluarkan kek dengan segera dari dulang pembakar bila telah masak.

CARA-CARA MEMBUAT KRIM MENTEGA KOPI

  • Putar mentega dan shortening hingga licin.Tambah kopi emulco dan gula icing.Pukul hingga kembang dan gebu.

CARA MEMBUAT GLIS COKLAT

  • Masak krim putar dan madu hingga mendidih.Masukkan coklat.Kacau hingga cair dan masukkan mentega.Kacau sebati.

CARA MENYEDIAKAN DAN MENGHIAS

  • Letakkan kek span kopi di atas "turn table".Sapukan bahagian atas kek span kopi dengan krim mentega kopi.Kemudian letakkan pula kek keju diatasnya.Dengan menggunakan "cake cutter" utk acuan bulat 9 inci tekapkan sedikit di atas kek keju cukup sebagai penanda sempadan.Letakkan walls mini poppers di setiap segitiga yang terbentuk.Curahkan pula glis coklat keatas kek tadi dan goncangkan agar glis rata diatas kek.Cucuk di belakang poppers dengan biskut love letter.
  • Sapukan di sekeliling kek dengan krim mentega kopi dan taburkan coklat urai disekelilingnya.Kemudian dengan menggunakan "cake cutter" potonglah kek ini menjadi 8 bahagian.Buatlah belang-belang pada atas mini poppers dan love letter dengan coklat putih.Siap utk dihidangkan kepada yang TERSAYANG.
  • Seeloknya simpan kek ini dalam peti sejuk.

NASI BERIANI GAM JOHOR


Bahan
  • 500 gm BERAS JASMINE BASMATHI PEACOCK (dibersihkan dan ditoskan)
  • 1250 ml air
  • 4 sm kulit kayu manis
  • 4 biji buah pelaga
  • 4 kuntum bunga cengkih
  • 1 camca teh koma-koma (saffron powder) atau pewarna kuning
  • 2 camca teh esen ros
  • 500 gm daging lembu/ ayam (dipotong kiub)
  • 3 biji bawang besar }
  • 5 biji cili hijau }dikisar halus
  • 5 ulas bawang putih }
  • 4 sm halia }
  • 2 camca besar rempah beriani
  • 2 tangkai daun ketumbar }
  • 3 tangkai daun pudina }dipotong kecil
  • 3 biji tomato }
  • 100 gm bawang goreng
  • 150 ml susu sejat
  • sedikit buah gajus
  • garam sebagai perasa
  • minyak untuk memasak
  • sedikit tepung gandum dicampur air untuk dijadikan bahan gam di tepi bekas nasi
Cara Membuat
  • Masak beras dengan air, kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih dan buah gajus dan biar didih hingga ¾ masak. Angkat dan toskan. Ketepikan.
  • Gaul daging dengan bahan kisar dan sedikit minyak. Perap selama 30 minit.
  • Gaulkan ke dalam daging, rempah beriani, daun dipotong kecil, tomato dan bawang goreng. Goreng hingga garing dan masukkan susu.
  • Sediakan sebuah bekas dan ambil ¼ bahagian nasi dan ratakan. Ratakan pula daging yang telah dimasak dan renjiskan pewarna kuning atau koma-koma dan esen ros.
  • Ulangi proses hingga menjadi 4 atau 5 lapisan nasi dan daging.
  • Apabila selesai, tutup bekas dengan penutupnya dan tampal keliling bekas dan penutupnya dengan bahan tepung.
  • Biar di atas api hingga berwap dan angkat. Buka penampal tepung dan hidang nasi

11 July 2013

Agar-agar Marble Serangkai Kasih

Bahan-bahan :

125 gm mentega
6 gelas air
5 biji telur
4 sudu makan tepung kastard
1 peket agar-agar
1 mangkuk kecil gula
setengah cawan susu cair
sedikit serbuk koko

Cara membuatnya :

1. Masak agar-agar dengan enam gelas air sehingga mendidih. Bila telah hancur masukkan gula.
2. Sementara itu, pukul telur dengan mentega sehingga kembang. Masukkan susu cair dan tepung kastard sedikit demi sedikit. kacau sehingga sebati.
3. Selepas itu, tuangkan adunan ke dalam agar-agar tadi dan kacau rata. Apabila pekat, angkat dan bahagikan adunan kepada dua bahagian. Satu adunan dicampurkan dengan koko dan satu adunan lagi tanpa warna.
4. Masukkan ke dua-dua adunan tadi berselang-seli ke dalam acuan. Sejukkan dan bolehlah dihidang.


_________________________________________________________________

Serius rindu blog masak ni, berhabuk.... Asyik kerja cari duit je, sekarang ini masa release tension cara admin..

Layan gambar original daripada tuan blog hehehe






11 May 2013

[PETUA] Cara Mudah Bersihkan Sotong


Bagi memudahkan membersihkan sotong, rendam sotong ke dalam air beras. Biarkan selama 10 minit. Hasilnya kulit sotong akan lekang, senang dicuci dan bau hanyirnya akan hilang

[PETUA] Cara Bersihkan Pengisar


Untuk menghilangkan bau pengisar selepas mengisar cili atau bawang, kisar sedikit hampas kelapa dengan sedikit air untuk menghilangkan bau dan daki.

[PETUA] Basuh Buah hilangkan Bahan Kimia


Untuk menghilangkan kesan bahan kimia pada kulit buah-buahan seperti epal atau pir, basuh buah itu dengan air garam dan bilas dengan air biasa.