Pages

10 September 2012

Ikan Bakar

Sesaje je buat blog pasal masakan sebab suka masak walaupun tak la pandai sangat hehe Kadang-kadang menjadi, kadang-kadang tidak hoho Janji masak. Ada kajian mengatakan lelaki sangatttt sayang pada wanita yang pandai masak, jadi untuk buat suamiku nanti sayanggg sangat hehehe jadi kenalah belajar masak. Kalau dia tak sayang, SIAP hehe

Hari ini sempoi tapi sedap sehingga isi yang terakhir iaitu ikan Bakar. Kongsilah resepi walaupun ianya paling mudah daripada lain dan ianya lebih berkhasiat berbanding megi hehe

Bahan :

- ikan
- lada
- bawang putih
- limau
- oven (tempat membakar)

Ikan Bakar

- Ikan Cencaru


pic google je, malas nak bawak kamera masuk dapur :p

(Bersihkan ikan dengan betul)

- Kemudian bakar dalam oven selama berapa minit ikut kebesaran ikan jugak. Sampai rasanya dah oklah.

Hari ini sangat beruntung kerana mungkin dapat ikan fresh, rasa pun sedap dan lazat.

Kemudian, Sambal Kicap

- Lada cili 5 biji (terpulang suka pedas@tak, tadi tu tak pedas pun)
- Bawang putih
- Kicap

Tumbuk@blender lada dan bawang putih kemudian saya letak sedikit garam dan gula. Suka hati la nak tambah itu atau tidak.

Ok, apabila ikan dah masak, sambal kicap dah siap. Potong limau perah pada ikan atau di dalam sambal kicap


Terangkat beb, 2 ekor saya sorang hehe

Walaupun ringkas dan senang tetapi sangat berkhasiat dan sangat lazat sehingga titisan terakhir.

Tip : Jangan  menyanyi ketika masak, selain dapat suami yang agak berumur ;p , makanan akan ada kod lagu


Sekurangnya memasaklah dengan zikir. Bukan terlalu alim tapi berilmu sekurangnya kita makan nanti sedap, dan orang yang makan pun jadi bagus je. Ada banyak lagi ilmu tentang cara memasak dengan ayat Al-Quran tapi belum khatam hehe Mungkin satu hari nanti dengan anak yang ramai yang perlu dikualitikan kena belajar jugak :))

Oklah, inilah ilmu yang tidak seberapa. Jumpa lain kali :))

No comments:

Post a Comment