Pages

11 July 2013

Agar-agar Marble Serangkai Kasih

Bahan-bahan :

125 gm mentega
6 gelas air
5 biji telur
4 sudu makan tepung kastard
1 peket agar-agar
1 mangkuk kecil gula
setengah cawan susu cair
sedikit serbuk koko

Cara membuatnya :

1. Masak agar-agar dengan enam gelas air sehingga mendidih. Bila telah hancur masukkan gula.
2. Sementara itu, pukul telur dengan mentega sehingga kembang. Masukkan susu cair dan tepung kastard sedikit demi sedikit. kacau sehingga sebati.
3. Selepas itu, tuangkan adunan ke dalam agar-agar tadi dan kacau rata. Apabila pekat, angkat dan bahagikan adunan kepada dua bahagian. Satu adunan dicampurkan dengan koko dan satu adunan lagi tanpa warna.
4. Masukkan ke dua-dua adunan tadi berselang-seli ke dalam acuan. Sejukkan dan bolehlah dihidang.


_________________________________________________________________

Serius rindu blog masak ni, berhabuk.... Asyik kerja cari duit je, sekarang ini masa release tension cara admin..

Layan gambar original daripada tuan blog hehehe






No comments:

Post a Comment