Pages

11 May 2013

Ayam Kabsa dan Nasi Arab


Bahan-bahan Nasi Arab

1/2 ekor ayam potong 4 atau ikut suka
5 sudu bawang mesin @ 2 biji bawang besar
2 sudu bawang putih mesin @ 6 ulas bawang putih
3 in halia di mesin
2 sudu rempah kabsa

3 cawan beras Basmathi
2 sudu minyak sapi + 1 sudu minyak zaitun
2 biji buah pelaga, 2 kuntum cengkih dan 5 biji lada hitam
sedikit saffron

Cara membuat Ayam Kabsa
1. Air dalam 1 liter atau lebih dipanaskan dalam periuk.

2. Mesin bawang, bawang putih dan halia dan dibahagi kepada 3 bhgn : Untuk masak nasi, stok ayam dan masak Ayam Kabsa.

3. Bila air dalam periuk dah mendidih, masukkan 1/3 bahan mesin dan 1 sudu rempah kabsa.

4. Masukkan ayam dan biarkan reneh 15 minit.

5. Selepas 15 minit angkat ayam dan tapiskan stok ayam, stok ayam tersebut akan digunakan utk masak nasi Arab dan bahan yg tertinggal dalam tapisan akan digunakan utk memerap ayam.

6. Lumurkan ayam dgn 1/3 bahan mesin, 1 sudu rempah kabsa, dan bahan yg ditapis tadi dan garam. Perapkan sebentar dan bakar selama 30 - 40 minit, suhu 180 C dalam aluminium foil.

No comments:

Post a Comment